Tawa sang hanuman

Sunday, March 30, 2008

Bagian paling menarik dalam biologi homo sapiens, adalah apa yg cuba disorok2 di balik kranium kepala keras itu. Dengan mengabaikan fungsinya sbg medium jana ilmu, ia cuma tisu lembik yg berisi cairan kental kuning pucat, teradun dari sel neuron dan glial. Neuron bagiku adalah satu magis. Rupanya seperti sperma yg termutasi di bahagian kepala,membentuk hexagon dengan sisi yg tak jelas. Dalam tisu kuning pucat tadi, ia dengan tekun bertugas menghantar isyarat, serupa server sentral- penghubung, penterjemah,pengelola maklumat bentuk bahan mentah ke bentuk yg lebih difahami - spt logaritma dalam pengkomputeran yg setelah diterjemah membentuk warna2 indah, variasi huruf2, dering yg melankolik, dan segala macam lainnya. Dengan kepantasan mencecah 200mph(90 meter per saat), kilang pemprosesan ini jadi kilang nano yg terunggul sekali teknologinya.
Ada pula salut Myelin, yg namanya spt nama anak Cina di buku2 sekolah rendah-menyalut bahagian ekor sel neuron tadi, atau dengan istilah sains yg membosankan-si ekor Akson. Cik Myelin ini, tugasnya menghalang renjatan berlaku. Maklum sajalah..dengan kelajuan tinggi spt itu, ditambah pula sistem ini digerakkan dengan imbangan jana kuasa elektrik dari Potassium, ,klorida, Natrium dan kalsium dlm sel tadi, penebat serupa ini d perlukan. Oh tuan, bukan sebarang anak cina ya!penebat pada umumnya adalah konduktor yg lemah, tp Myelin ini, malah tugasnya menambah merangsang kelajuan transmisi! Maka mulut aku,kamu kalau masih tidak tahu mengucap 'subhanallah'...Terkutuklah aku,terkutuklah engkau.
Buya Hamka kata begini, "Bila mulutmu terucap 'Allah',maka sesungguhnya engkau telahpun sampai.." Seusai itu, termuntahlah segala bahan mentah yg sudah masak tadi keluar dari bibir akson, berbondong2 dalam bentuk maklumat-boleh jadi berupa arahan yg membuah kaskade arahan2 yg baru,atau juga membuah tindakan fizikal dengan ritma yg indah. Maka tuan kentut, lapar, meraung histeris..berterima kasihlah pada cecair lembik yg disorok2 dlm kranium tuan itu.
Jangan tuan tidak tahu, dengan mengambil sisi pandangan geneticist, 'kami' memperakui sel2 otak adalah sel yg tidak boleh digenerasi. Tidak serupa sel2 lain yg gemarkan istilah 'kelahiran semula'; ephitelium misalnya, neuron tidak begitu. Maka yg demikian, ia menjadi sel yg paling popular, karismatik dan beredisi terhad. Kalaupun ada, proses mitosis hanya berlaku seputar kawasan tulang belakang (spinal cord) dan bukan dibahagian otak, itupun dengan kadar yg sangat lamban, hampir2 tidak berlaku. Dogma ini melogikkan sebab mengapa kanser otak menjadi alat pembunuh yg sadistik dan tidak kenal ampun.
Lalu aku jd terheran2, bila mana statistik dikeluarkan bahawa Malaysia punya penagih dadah tegar sejumlah 750000 orang, sekitar 3% dari jumlah penduduk negara ini. 3% ini,yg aku jamin sudah barang tentu dari kalangan belia-tak sayangkah mereka akan kematian sel2 magis neuron yg beredisi terhad tadi?Tak bimbangkah mereka, dadah yg fungsinya merencat simulasi otak, menghalang transmisi berlaku, kemudian harinya akan memberi pengakhiran yg cukup tragis dalam sejarah homo sapiens yg agung ini; yakni kegilaan kekal. Tak rasa terhinakah tuan?
Akupun tidak jadi berkira2 akan retorik Soekarno dengan bahasanya yg menggegar, "berikan aku sepuluh pemuda,niscaya kan ku goncang dunia". Aduh, maaf pak. Tapi kalau kau masih hidup sekarang, pasti akan ku minta kau tarik balik katamu itu. Diluar sana, pembunuhan beramai2 sel2 magis itu masih giat berlangsung. Aku rasa pesaing terdekat spesis homo sapiens, si hanuman toya itu pasti sedang terbahak ketawa sekarang. Aduhh...


Read On 0 comments

Bhutan, Dang Chi Wue dan cinta2 yg tak sampai..

Wednesday, March 19, 2008
Dia salami tangan sejukku. Matanya dalam mengandung rasa terima kasih yg sarat. "Thanks for ur hospitality yesterday miss..Its very generous of u". Aku tarik2 bibirku supaya mahu sungging senyum bersahabat. Tangannya masih tak mahu lepas. Maisara suda mula senyum2 sumbing dibelakang. Angkat2 kening signal Dr.Nurul. Mesti dia sedang mengumpat aku begini, 'bukan main selera mu kawan..si katik ini jg pilihanmu..'
Delegasi itu dari Bhutan, negara yg dihimpit dua tamadun besar zaman Babylon dulu, India dan China. Ibu kotanya Thimpu, "roof of the world" kerana letaknya betul2 di atas Himalaya. Barangkali kerana negaranya berbukit2, Orang2nya Tuhan design dengan tubuh kecil2, titik pusatnya rendah jadi lebih stabil kalau berjalan di bumi yg tidak rata itu. Kononnya juga, mereka kurang bersahabat dan tertutup. Orang2 menggelar "Druk Yul"- Bumi ngauman sang Naga, aku mengesan kedinginan dari gelaran itu, dan gilanya aku jadi tambah teruja mahu memesrai negara kecil ini satu hari nanti.
Bersama speaker khas didatangkan dari Chiang Mai, Dr Sunsanee yg berkaliber, Miss Honey yg jelita, dan Dr Mansuang yg ramah: mereka ke sini, mengunjungi kami. Sungguh bermakna pertemuan ini tuan. Dalam dialog tidak rasmiku dengan Dr. Tamang-wakil Bhutan itu, katanya Thailand dan Bhutan sudah lama menjalin hubungan diplomatik; yang akhir2 ini jadi bertambah akrab berikutan Raja baru Bhutan (ditabal ketika ayahandanya belumpun mangkat lagi) mengambil inisiatif berkunjung ke negara ini, menghulur bantuan golongan miskin, dan dia tiba2 jadi hero di negara gajah putih itu. Bunyinya Harmonis dan plastik. Walhal, tanpa perlu berurusniaga dengan uncle Google, aku masih punya koleksi memori yg menarik dengan negara Bhutan ini. Perang Indo-China (India dgn China) yg secara curi2 masih berlanjut, isu perebutan kawasan Arunachal Pradesh di bahagian selatan, yg mengunjur ke India. lagi, tentang rajanya yg jd bahan lelucon mantan presiden India, dan tentang rekrut tentera China yg berkampung di gunung2 tersembunyi, menyeret sekali rakyat Bhutan yg naif utk berkompromi, sambil di iming keamanan; tentu saja mereka akur.Kasihan mereka, ditinggal tanpa pilihan..yg ada bersisa pd mereka hanyalah sekeping hati lugu, dan wajah2 polos cintakan kedamaian..
Ia..dan lagi...Dang Chi Wue ku dan cinta2 yg tidak sampai itu. Harus gimana ya??
Read On 3 comments

Nasionalism dan hero2 plastik

Friday, March 07, 2008
Nasionalism bukanlah suatu mimpi. Ia adalah ideologi, yang cuba merentas warna kulit dan kesukuan dengan rangkuman identiti kolektif: satu "bangsa" satu negara. Seorang nasionalis adalah mereka yang punya keakuran dengan herediti budaya negara itu, dan berkongsi kecintaan & masa depan yg serupa dlm kelompok bangsa tadi. Sekalipun tiap negara mentafsir nasionalism dengan kaca mata yg pelbagai, inti nya sama: bangsa adalah suatu entiti mutlak (primary identity) dan sumber kesatuan.

Di Indonesia,nasionalism menjadi suatu jeritan yang maha lantang ketika menyingkir kolonial bejat serdadu 'londo' itu. Ia jadi hegemoni untuk mengumpul suku Batak, Madura, Sunda,Jawa berkumpul dlm satu payung. Ironisnya, atas nama nasionalism entiti yang berbau relijus juga terkeluar sekali dalam cakupan konsep nasionalism tadi. Lihat kenekadan bung Hatta menyingkir keluar perkataan "dengan kewajiban melaksanakan syariat islam" dlm piagam Jakarta UUD 45. Kononnya golongan Nasrani yg cuma beberapa persen itu menolak bergabung dengan NKRI jika sebaris ayat tadi tidak di hapus. Bung Hatta adalah orang yang taat beragama, tapi atas nama nasionalism-dia akur.
Lalu aku tidak hairan kalau Haseena marah2 akan gelaran "indon" buat rakyat Indonesia. Titik bengiknya dari sentimen "Die muttersprache ist das wahrzeichen des vaterlandes" (mother tounge is the symbol of the fatherland) yang dipopularkan oleh Friedrich Kluge, sorang nasionalis Jerman - yang kemudiannya melahirkan istilah "Bahasa jiwa Bangsa" versi nusantara. Kebangsaan sekali! Soekarno berjaya mencipta sensitiviti cinta-bangsa ini, yang sebenarnya kalau menurutku, tidaklah apa2, tidaklah siapa2. Di sana, rakyat Malaysia lebih keras di kutuk dengan gelaran "Malas sial". Mereka diam saja, entahkan kami ini memang benar penyabar dan anti-violent orangnya, ataukah nasionaliti rakyat yang sudah terhakis. Kalau ada pilihan, aku mahu saja pura2 tidak kisah dan buat2 tidak nampak.Kalaulah boleh..
Di IIS semalam (khamis) kami membahas soal Nasionalism juga. Tentang Nasionalism yang merencatkan sejarah. Speaker utamanya anak muda dari PJ, pensyarah UIA cawangan Nilai. Helmi namanya. Ada beberapa perkara menarik yg bagus di bangkit di sini. Tentang Sejarah2 yang cuba diterjemah mengikut kaca mata pemerintah. "History written by the side who won"..Bunyi nya kejam sekali, sejarah sudah kehilangan 'daranya', dan cucu cicit kita pun akan ber'hero'kan hero plastik. Kasihan sekali!
Masalah patriotism adalah apabila status kebangsaan diletakkan melebihi kebenaran. Sejarah menurut mereka harus serba 'wah', serba muluk2 dan sedap di dengar untuk generasi akan datang. Lihat saja kisah klise Christoper Colombus dan penemuan 'dunia baru'nya. Waktu itu, tidak sedikit yang percaya! contoh2 sepele seputar Malaysia adalah spt rancangan PSM untuk meletakkan papan tanda di jalan2 besar yang mencatat historikal jalan2 tadi. Lalu atas nama nasionalism, mereka mencadangkan agar mana2 jalan yg melibatkan nama2 tokoh bukan sebangsa, di hapus sejarahnya dan ditukar dengan sejarah2 pseudo. Alangkah!
Ideologi nasionalism juga sedar ataupun tidak hanya menyorot satu posisi tamadun saja : POLITIK. Bukalah buku sejarah Dunia tingkatan empat, dan sejarah Malaysia tingkatan 5. Intipati politik dan perjalanannya memenuhi buku2 ini dari kulit ke kulit. Sejarah dengan bumbu nasional ini menjadi sesuatu yang defensif dan kekurangan nilai tambah. Ia jadinya mengabaikan sejarah dari dimensi2 yang lain, budaya-sosial misalnya. Masalah tentang cerita2 politik ini, selain pepatah "history written by the side who won", ia juga bercerita lebih hanya tentang orang2 atasan, mereka2 yang mampu menciptakan sejarah2 tadi. Sejarah tidak sinkroni antara negara2, terlalu banyak versi sebab masing2 juga mahu mencipta hero plastik. Lalu, atas sebab itu dunia sains selalu rasa bangga. Almaklum, keberadaan ilmunya, sama ada sahih ataupun tidak diverifikasikan melalui eksperimen dan aktiviti empirikal.
Hari ini kita ada sejarah yang manis tentang PRU. Kita menunggu momen ini sejak puluhan tahun, dan hari ini, kalaupun buah yang kita tanam tidaklah selebat mana, tapi kurang2 sudah boleh dipetik dan berbagi hasilnya sekampung. Kita mahu catatan manis ini dimasukkan dalam sejarah Malaysia, bahawa lelahnya menanam, membaja pokok untuk puluhan tahun, berbalas juga dengan(kalaupun tidak lebat) buah yang meranum, dan manis sekali. Tolong jangan padam sejarah ini. Aku mahu juga cucu2ku nanti punya hero yang real.
*NKRI: Negara Kesatuan Republik Indonesia
*UUD: Undang Undang Dasar
*PRU: Pilihan Raya Umum
*PSM: Persatuan Sejarah Malaysia
Read On 2 comments

Dialog klise menjelang PLU*

Friday, March 07, 2008
(*Perempuan Lanjut Usia)

"Abangmu balik dari KL tadi."

"Iya, aku jumpa."

"kawanmu yg melamar itu, sudah kenalan?"

"Belum.Aku mahu kawin umur 30 tahun, boleh bu?"

"Hishhh..Itu andartu, kau suka?"

"apa masalah kawin umur 30?"

"Perempuan harus kawin awal. Nabi juga yg kata. Tengok si Aida tu, masih tak kawin2 lagi.Kau mau jadi macam dia kah?"

"Apa salahnya jadi Aida?"

"Hishh..kau ni betullah. Tak sayang mulut."

"Kurang2 aku mau ada Phd dulu bu. Biar nanti besan ibu panggil aku, dr Sophie.ha ha"

"Kau ni tak habis2 dgn belajar. Kalau kau suka, lepas kawin nanti kau sambunglah belajar lagi."

"Theoritically, yes bu. But practically..urff..aku perempuan bu."

"Sudah la, kau ni banyak teori. Kawin saja dengan pilihan ibu.Kau tu bukan makin lama makin muda. Dulu masa ibu seumur kau, anakku sudah sederet."

"Mana boleh samakan zaman ibu dengan aku. Kan Ali kata, didik anakmu ikut zamannya
"
"Jgn melawan. Perempuan tu bagusnya kawin awal. Cari yang tua sikit dari kau. Ibu tak mau menantu budak2."

"Jadi, berapa lama ibu kasi aku masa - cari boyfren, bercinta, dan kawin?"

"Hujung tahun ni."

"hah??!" (ingat aku ada Dewa Cinta apa?!)
"Serius. Lepas ni kalau tak jumpa, ibu dah tak mau runding2. Cakap kau tu bukan boleh pakai"
"Aku kawin misyar la macam tu ibu.Boleh?"

"Jgn memandai."

"Yusuf Qardhawi kata ok kawin misyar.He he"

"apa tu?kawin kontrak?
"Ish..kahwin kontrak mut'ah namanya. Itu harram. Misyar: kawin-tapi tak perlu duduk serumah, tak perlu bagi keperluan zahir.."
"Kau ni @#$%...sudah. Ibu tak mau dengar alasan. Kawin terus!"

"Kan hadith kata, anak perempuan ada hak kata 'tak' sebagaimana orang tua ada hak kata 'ya'.Ibu lupa?"

"Aku ni ibu kau. Aku yg tau apa yg terbaik untuk kau. Tak mudah jaga anak perempuan, banyak fitnah."

"Ahh..itukan ibu pakai persepsi setempat saja. Cuba kalau kita duduk di Amerika, agaknya aku umur 40 tahun tak kawin lagi, ibu tak kisah apa.."

"Kau nak ambik orang Barat buat apa?Mereka itu bukan islam. Tak patut bikin contoh..cakap dengan kau ni tak habis habis."

"he he he..sudahlahh..Salam utk papa."
(dialog hari jumaat petang dengan ibuku)

-Entri ini ditulis 2 minggu yg lepas-
Read On 10 comments