Phylo Magis ..

Monday, January 28, 2008

Lalu magis pun wujud dalam cinta. Semarak dan aneh. Agung sekali sehingga Khalil Gibran sampai tersasul berkata " jgn katakan tuhan di hatiku,tp katakan aku di hati tuhan". Saya 'dipaksa' menonton AJL baru2 ini, tercuit dengan tema music magis itu. Seusai malam anugerah, maka terjadilah sumpahan ku yang berat, mengutuk betapa keterlaluannya lah mengganding perkataan magic yang luar biasa dengan AJL yang 'biasa' itu. Mujur saya tidak sempat menyimpan harap, jadi tidak perlu kecewa seperti Zen dan caping-Goen nya.(maklumat aku curi dari Jimadieshah)
Seperti cinta nekad Khalil ini seakan terlupakan lah darjat hamba-nya dengan sang pencipta cinta-hamba tadi. Adapun AJL 'magis' nya barangkali adalah pada kemenangan 'luar biasa' kategori pop rock yang julung-julung kali berlaku. Dalam pada rumate ku beria2 memuji betapa hebatnya lagu Estranged itu, saya masih sibuk teraba2 di mana magisnya??. Barangkali saya harus kembali kepada John Lock dan teori primer-sekundernya yang membosankan. Sudahlah..aku malas.
Biarkan dulu saya nikmati luahan chenta Bonaparte kepada Josephine, lemak dan membuat ku bermimpi. Katanya begini, "Ketika daku berdiri di hadapan ribuan serdaduku, memeriksa khemah2 tentera, tetap engkau Josaphine satu2nya yang berdiri dalam hati ku yang sunyi, beraja dalam fikiranku. Selalu ku katakan bahawa seorang wira sebenarnya tidak terlukakan apabila mati di tangan musuh tanpa sesal, tetapi sekarang.. untuk mati tanpa di awan cinta mu, untuk mati tanpa dikenal akan cintaku, sesungguhnya benar2 neraka dan serasaku aku telah mati sebelum mati.." (ayat ini di translate dengan sedikit cuplikan imaginasiku)
Tuan, tawanlah aku dengan senandung sufi Khalil Ghibran dan cinta casanova Bonaparte, niscaya akan ada istikharah untukmu.
Read On 2 comments

Godak hati..

Saturday, January 26, 2008
Semalam rasa2 aneh dan asing itu datang lagi. bercampur baur, cocktail cacamarba seperti genetik ku. Rasa2ku, muka sudah jadi lebih pekat dari Hidrocloric acid 5M yang hakis kulit. Waktu2 seperti ini, sahabatku tahu bahawa menghindar adalah satu kebijaksanaan, sekurang-kurangnya 5meter dari titik pusat!
Subhanallah..Maha suci Allah yang mengatur rasa2 tadi. Sebetulnya saya sedang cuba mencari kombinasi yang cocok utk rasa2 itu. bumbunya kah, atau kah gula,garam yang kurang? Ibarat soto Maybank ku yang terkenal itu, rempah ratus nya sama dengan soto2 sekufunya yang lain, tapi kerana adunan yang sempurna, dan di adun dengan ‘cinta’ pula (lihat entry Morocco Sizzling) lahirlah rasa yang sempurna tadi. Terima kasih papa atas segarit ilmu dapur mu!
Tapi ‘rasa’ kali ini bukan di adili oleh 5 reseptor yang ada pada hujung lidah. Ia adalah himpunan seloka hati. Tentang peristiwa dan gagasan. Tentang gurindam angan2. Yang timbang tara enak tidak-nya hanya boleh dilihat dalam bentuk karya hidup. Saya masih kurang..masih sangat2 kurang….
Sudah lama rasa ini berdesak2 dalam hati. Telah cuba ku tenang atur kan sebaiknya. Tapi kerana saya manusia, pecah juga tebing Gaza ku..ha ha..Seperti Hamas yang sebegitu berani menongkah sempadan Mesir itu, barangkali begitulah ‘rasa2’ itu berkonfrontasi dalam diriku. Kalau sudah pecah, saya boleh terlantar dua hari, wajah tanpa ekspresi,senyap sepanjang hari. Maaf,saya tidak mampu untuk tidak menjadi saya!
Saya hanya mahu doa. Dari sahabat2ku yang ikhlas mengenal ku. Siapa tahu terpancing simpati Tuhan atas ukhwah ikhlas itu??siapa tahu terjolok kasih Engkau pada satu ungkapan tipikal ‘bertemu dan berpisah hanya kerana siDIA semata.'
Dalam satu teori petala kimia yang menarik, bahawa electron akan hanya melompat ke petala yang terdekat jika dan hanya jika* (*aku mencuri idea logik deduktif..jangan bising2) berada dalam ketakseimbangan. Ahh..Tuan. Sekalipun di balik wajah toya ku tadi tiap kali ‘rasa2’ itu datang berkonfrontasi, aku masih sangat berterima kasih. Ku fikir ke’sintingan’ ku ini adalah intro kepada stability theory. Ha aa.. Atau kalau boleh ku pinjam kata2 avicenna dalam perubatan alternatifnya, menghampiri tingkat equilibrium. Mensasarkan kesempurnaan hampir tidak mungkin tuan, tapi sekurang2nya aku tahu, jiwaku tidak mati. Terus bekerja dan hidup lub dup*!
Read On 4 comments