Logaritma Hidup

Tuesday, December 30, 2008

Hampir 2 abad dahulu, tanggal 28 Disember- Manusia Wilson Woodrow pernah lahir. Ia presiden Amerika yang ke 28, yang sepanjang hidupnya di abdikan kepada perjuangan mengangkat maruah rakyat Amerika menetang Jerman di hujung 1910an.
Tokoh besar sesudah Einstein, Sir Eddington yang penuh percaya diri itu juga lahir 28 Disember. Ketika lahir, dunia Barat sedang dalam kecamuk pergulatan kuasa sains dengan pihak gereja. Beliau muncul bak bintang Cheron, Sains terangkat setelah teori relativitinya menentu sahkan teori-teori Einstein.
Kelmarin di tahun 1980an, tarikh yang sama, ibu sedang sakarat berjuang melahirkan anak perempuan pertama. Di luar, kata Pa, jalan-jalan dipenuhi orang-orang yang sibuk berarak menyambut Maulidur Rasul. Lalu di celah-celah kemewahan nama-nama besar ini, aku lahir.
Sudah 26 tahun aku. Ini adalah angka-angka umur yang termasuk penting. Kononnya dalam kitar hidup, 26 tahun adalah keadaan ketika logaritma hidup yang seperti graf sinus itu mengalami zaman down slope. Kemerosotan.
Rasa-rasanya seperti sedang berdiri di suatu simpang. Di depan adalah jalan-jalan yang sulit di teka hujungnya, merah dan biru yang tak jelas, spekulatif tapi juga menjanjikan. Dan,ya Tuhan,Ia rahsia sekali. Di belakang pula adalah jalan yang sudah ku ulang-pijak selama 25 tahun, skematik, selamat dan boleh di ramal. Mahu apa sekarang?Maju melangkah dengan risiko dan menantang..atau kah menjungkir ke belakang, kekal berdiri dalam zon selamat dan bosan?
Tapi bukankah lebih baik gagal setelah mencuba daripada menang sebelum datang tantangan? Belum habis ku temukan falsafah sepanjang 25 tahun ini. Ada mozaik-mozaik hidup yang masih lompang dan tak sempurna. Barangkali dengan sedikit ketabahan, mozaik tadi boleh ku temui di daerah-daerah asing dalam salah satu cabang masa depanku.
Aku pandang langit. Wahai,Yang Di Atas!Apa yang telah Kau tata buatku di Luh Mahfuz sana? Woodrow, Eddington ataukah mati sebelum sempat berkarya? Lagi-lagi aku memikir soal pengakhiran yang manis.
Tapi kononnya hidup bukanlah berkejar tentang soal pengakhiran. Tuhan bukan mahu tahu sangat soal sad ending atau happy ending(terkecuali soal akidah). Justeru pada saat logaritma sedang turun naik itu lah, letaknya asas perkiraan Yang Di Atas. Sewaktu aku jatuh-bangun-terduduk-bangun lagi, di situlah ruang-ruang untuk mengutip falsafah-falsafah besar dalam hidup. Kalau begitu, kawan, doakan saja aku tabah.Ya?!
Read On 6 comments