UCAPAN KHAS TUAN DARU KURNIAWAN AHMADI
Monday, June 15, 2009Tahniah tuan,
Tuan Berjaya mencuri jiwa sophie
Tuhan memilih 14/6 untuk mengakhiri zaman bujang tuan.
Welcome to our family.=>
saya juga tumpang gembira melihat cekalnya tuan menongkah arus.
Sabar, penyayang dan akhlak yang terpuji adalah elemen yang sangat mantap tuan miliki :
Memasuki gabungan orator bersembilan yang suka mematuk dan menyerang tanpa kasihan.
Nampaknya tuan tidak kalah gaya dengan pakej comel dan gan teng…teng..teng…memahami lagu sepak terajang itu.Tuan sering membalas dengan senyuman pasrah.hahaha…
Ketahuilah..
Dengan elemen yang tuan miliki.
Tuan benar-benar berpotensi untuk berkilau dengan gabungan ini,plus…plus…emm..menggilap potensi gene XX kakakku juga.. prak..prak..dum…dum..
Jaga baik-baik kakakku ya tuan..dia cepat berlembut untuk orang yang sangat berhikmah menasihatinya, dan mudah menyeringai bagi orang yang mengasarinya.Saya berbahagia tuan miliki sifat itu =>>
Pernahkah tuan mendengar ayat ini..
Nasihat yang lembut merupakan ubat yang sangat mujarab untuk mencairkan hati orang yang berpendirian utuh, berideologi kuat..
Ya kan tuan..
Satu lagi tuan..
Dan sebenarnya..
Dan sebenarnya..
Susu dutch lady memang lebih berkhasiat dan memontelkan berbanding susu kacang sri keningau.eng..eng…eng..
Selamat pengantin baru..
Yang benar
Adik sophie juga
marjanku..putri sophie
Monday, June 15, 2009Walaupun jam dilaptopku sudah berangka 1.13 am, aku tetap berkeras mengatakan malam ini..bukan pagi ini, jika kutulis ayat ini untuk pagi ini ,masaku sudah berada pada keesokan harinya menandakan aku telah kehilangan tarikh hari ini (14/6/09)yang sangat penting bagiku untuk menulis.Lalu…dengan sewenang-wenangnya aku menukar masa 24 jam yang diberikan tuhan olehku kepada 26 jam.selepas jam 2 pagi, barulah aku mengisytiharkan pagi 15/6/09.
Hari ini, hari isnin-15/6/09.telah kuangkat hari ini sebagai tarikh penting.
Akhirnya..
Yang maha satu telah memilih hari ini untuk menyatukan mereka,orang yang kusayang.agak kaku untuk aku mengatakannya, tetapi aku keraskan juga hatiku untuk tidak memadam kembali perkataan “sayang” itu.
Orang yang kumaksudkan itu adalah wanita bertubuh kecil molek ,yang berjiwa besar gedabak.itulah satu-satunya kakak yang kumiliki.berkongsi gene XX denganku yang kukira memiliki peribadi gene XY yang “telebih pulak”.
Alhamdulillah
Nikmatilah sifat arrahmannya tuhan..bukankah yang maha satu berulangkali melirihkan “nikmat manalagi yang engkau dustakaaaan….???”
Selesai saja akad itu dilafazkan tadi, jam 4 setengah petang,bersaat-saat aku terimbau zaman kecil kami berdua yang dipenuhi warna-warna kontra peribadi.Dari sekolah rendah,menengah,masuk university sampailah keluar university.
Malam ini aku terimbau..gaya nakalnya ..
Susukacang panas
Pura-pura pengsan
Keinginannya jadi pelajar contoh 6 putih
Buku doraemon
Mutiara naga
Baca ayat kursi sambil tidur
Jadi fung sa yuuk
Bulughul maram,fiqh wanita
Sampailah menolongku dari dibuli oleh orang waktu sekolah rendah, iron baju seragam aku hari pertama sekolah menengah,ajar cara bergaul dengan kawan..sampailah aku berdiri utuh.Rupanya disebalik perbezaan kami ini,dia telah melengkapkan diriku.
Bagiku,tuhan telah menganugerahi dia bakat yang banyak, menjadikan dia demikian banyak keinginan.
Masih segar dalam memoriku rona wajahnya ketika mengatakan kepadaku keinginannya menjadi penulis, dengan mata bersinar-sinar penuh harap dia memuntahkan idea-ideanya.mengulas para penulis buku juga salah satu hobinya.sangat sensitif pada seni bahasa.
Sesekali, pada masa lainnya, jika dia dibanjiri CD movie, maka terloncatlah dari mulutnya menjadi pengarah filem pula.dengan penuh kesungguhan dia akan menceritakan kepadaku kesilapan belakang tabir pembuat-pembuat filem.kebetulan aku agak lambat memahami jalan cerita sebuah filem (English movie) menjadikan kakak kecilku ini begitu berdaya tarik untuk aku mendengar ulasannya.
Sesungguhnya..idea pengulasannya juga jarang-jarang aku dapati dari para pengulas-pengulas mahir yang aku ada.hehe
Jika suasana hidupnya pada lingkungan ilmiah, maka cerita kami menjadi lebih berat kepada argumentasi.ilmu mantik, falsafah,fiqh.pernah sekali dia mengadu padaku yang dia sampai tidak dapat tidur jatuh cinta dengan falsafah.dia ingin menyambung pelajarannya dibidang falsafah.
Memang hatiku menjadi sengal jika tidak memberi pandangan..padaku matlamat tunggal lebih mudah mengejarnya dari matlamat yang terlalu banyak capahan.tapi, bila kufikir kembali, aku menjadi kasihan. Kasihan dengan bakat yang banyak itu.melonggarkan kemahuan bukanlah perkara mudah bagi manusia-manusia berkemahuan keras seperti dia. Jauh didasar hatiku,agar kumampu menembak doa untuknya agar tuhan pilih pendamping yang memahami dan menuntunnya kearah kejituan dirinya.
Hari ini,
dia telah menambahkan lagi kelengkapan jiwanya dengan jiwa lain.jiwa baru.Malah,mungkin lebih baik dari kelengkapan yang kuberikan.
sekarang
Dia telah sah menjadi isteri
Puteri sophie..
Selamat pengantin baru kakakku…
Orator7-Torriq s
seharusnya cinta bersegi tiga
Monday, June 15, 2009


Ketahuilah dengan yakin, manusia tidak mampu berdiri sendiri tanpa tempat bersandar. Manusia juga mampu menyalurkan getaran gelombangnya kepada orang lain. Pernahkah anda terfikir kenapa perlu ada cinta? Apa yang yang terlalu istimewa dengan cinta? Apa ada dengan cinta? Dulu saya tidak berapa faham kenapa harus ada cinta, saya tidak suka mengagungkan cinta dihati saya. Cinta cukup complex untuk saya fahami dengan akal.Pada saya , ianya lebih diertikan dengan gila bayang, tidak waras.Dan lebih teruk lagi rasa itu tidak realistic dan tidak membumi. Terlalu banyak mata saya membuktikan kebodohan orang bercinta, menangis berjam-jam, senyum meleret-leret, bergayut-gayut beratus-ratus minit…apaaaa lah yang diceritakannya itu.
Rupanya…
Setelah saya melintasi satu garis rasa..
Akhirnya..saya akur,antara elemen terpenting dalam hidup ini adalah dibawa oleh 5 huruf C.I.N.TA.
Cuba kita rapikan..
Cinta manusia VS harta
Cinta ibu VS anak
Cinta guru VS murid
Cinta manusia VS binatang
Cinta abang/kakak VS adik
Yang sangat popular – Cinta lelaki dan perempuan
Yang wajib diperlukan – Cinta hamba dengan tuhan
C.I.N.T.A
Jika kita pandai memainkan perannya.Cinta TERSANGAT membantu untuk mengOBJEKTIFkan setiap perkara.Saya tidak sesekali mengagungkan cinta, tapi saya memuliakannya dan akan meletakkan ditempatnya. Biar dia berfungsi sesuai dengan wujudnya.
Sesempurna mana manusia dia tidak boleh berdiri tanpa bersandar.itu sifat hamba.Jadi jangan kita letakkan cinta kita terlalu membias kepada siapa-siapa yang bersifat hamba. Memang benar, kita mampu mengobjektifkan cinta sesama manusia. Dengan cinta terkendali, hidup seseorang lebih terarah, seperti keinginan menjadi lebih baik.Yang garang jadi penyayang.Penjahat jadi orang yang bertolerensi, yang Kasar jadi lembut.Yang malas jadi lebih rajin, yang pengotor jadi lebih pembersih.
Namun, hati manusia bersifat seperti graf, ada turun naik. Cinta manusia bukanlah bersifat kekal. Jika kita menggantungkan diri secara penuh dengannya, satu takat dia tidak mampu menampung beban manusia.kerana dia juga manusia yang tiada daya. Dia hanya peminjam cinta DIA.Apatah lagi jika sidia dikurniakan tuhan sedikit manja, kuat nangis dan kuat mengadu.memang meluat dibuatnya jika dia tidak ada cinta dengan kita. Waktu cintanya bersemi, semuanya dimaafkan, semuanya diterima kelemahan kita. Jika sidia sangat garang, ego setinggi langit dan ingin dihormati sahaja tentu kita akan menurut saja katanya kalau masih ada cinta dihati kita.Kalau sudah tidak ada cinta, maka sifat itulah menjadi nanah yang membengkak yang menjadi racun hati kita. Apa kata…polarity cinta itu kita lebihkan sedikit kepada DIA.Kita kutubkan cinta kita itu lebih menuju kepadaNYA.Tanda hati kita ini wujud cinta tiga segi …semakin kita mendekati sidia kita lebih mengingati DIA.
Oleh kerana kita telah mensegikan cinta kita, kita harus menjaga KEDUA-DUANYA, tapi jangan lupa…lebihkan kutub cinta dengan DIA berbanding dia.
Antara sifat DIA..DIA tidak bergantung.DIA tidak bersandar.Manakala sifat asas dia, dia sangat bersandar.bila cinta kita pada DIA lebih dari dia petanda baik kita menuju satu jalan kesederhanaan dalam cinta manusia. Si isteri patuh kerana DIA, lirikan manjanya,senyuman leretnya,lembutnya, kasih-sayangnya… bukan hanya kerana sidia, tetapi juga kerana DIA. DIA menuntut para isteri untuk taat.DIA berikan imbalan yang lurabiasa.harga syurga jadi lelongan untuk isteri yang taat.lihat wahai hati, bukankah tawaran cinta DIA jauh lebih hebat dari sidia..?
Suami menjadi sangat amanah menjaga sidia, kerana cinta kepada DIA.Sang suami menjadi lebih tekun menata hati, menunduk pandangan, setia, kerana sang suami tahu, murkanya DIA pada dosa.
Indahkan..?
Jom..kita usaha mensegikan cinta…
Adik sophie-mega7
Boikot dan US hegemoni...II
Monday, March 09, 2009Saddam lelaki pemberani yang tak pernah goncang dengan telunjuk Amerika. Ketika Raja Abdullah masih bermanis-manis muka dengan Presiden Bush, Saddam berdiri, kukuh dengan kedua belah kaki dan peluh rakyatnya, menolak sebarang negosiasi dengan polis dunia itu.
Dan si pemberani itu dengan segala risiko yang bertumpuk menukar sejumlah 10B dollar simpanan dana Iraq ke mata wang euro diakhir 2000.
Sungguh ini keputusan yang berani dan kaya dengan absurditi. Menariknya, tindakan ini bukan berasbabkan pemulihan ekonomi. Ia agenda politik. Pemimpin ini mengatur buah caturnya lewat dolar amerika, bak menyorong Bishop masuk di ruang D7 lawan. Hampir dengan raja putih, menggoda permaisuri-memancing Rook.
Para analisis mulai berkomentar. Pro dan kontra. Rata-ratanya mengkritik, ku kira sama bahangnya seperti Erdogan yang membekas sejarah di Davos lewat cemuhan terbukanya terhadap Shimon Peres. Tapi sebagaimana layaknya sejarah-sejarah pemberani, di luar andaian para komentator, Saddam malah menaikkan profit negara sebaik sahaja Euro mulai mencapai kestabilan.Iran yang kaya dengan pakar ekonomi mencermati situasi ini, perlahan-lahan menjejak Saddam menukar hingga lebih separuh mata wang asingnya ke Euro.Korea Utara menyusul, dan Bush mulai lemas.
Raja putih itupun kelam kabut bangun dengan teori Pakatan Kejahatan. Persis 3 negara ini ditandai dalam pakatan itu. Ditambahnya Afghanistan, hanya sebagai pawn kecil untuk laluan membedil Iraq. Maka diciptakanlah perang di negara Anbiya' itu, di halakan roket ke Korea Utara, di hantarnya IAEA menjenguk tangki Uranium di Tehran.
Orang kecil seperti ku ini juga boleh membaca bagaimana beliau mengatur bidak catur, dan tidak sedikit emosi yang mengalir membendung perlakuan busuk ini. Kita memahami kegusaran Bush, sebab jelas militari tak akan kuat menampung empayar Amerika. Kekuatan ekonomi adalah paksinya.
Boikot adalah idea yang menarik.Malah sangat awam sekali. Milik rakyat,kuasa rakyat. Tapi seperti kata jaguh kecil Forex di rumahku, kecil margin yang dilabur,maka kecil jugalah profit yang diterima.
Rasionalnya, kebanyakan produk dengan jenama Amerika tidak dikilangkan di US. Pemboikotan ini barangkali mampu mengurangkan jumlah royalti barangan US di luar negara, tapi masih sangat kecil buat mempengaruhi keseluruhan kekuatan ekonomi negara itu.
Jadi,bukanlah Mc Donald atau Starbucks yang jadi kambing hitam. Ada daging panggang yang lebih enak di santap, DOLAR AMERIKA!
*sekuel sebelumnya pada bulan January 09.
Fraktur Hidup
Friday, February 13, 2009Mereka baru saja terselamat dari satu kemalangan ngeri. Dilanggar kancil milik seorang remaja cina. Si suami, Iskandar yang tabah; rahangnya lari beberapa centi, jari manisnya putus urat, dan giginya bahagian atas seperempat terbang di radak muncung kancil. Suminah sendiri luka-luka di tangan dan kaki.
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang sederhana dengan semangat hidup yang luar biasa.
Suami isteri itu datang dari negara seberang, ditinggalnya kampung halaman yang ramah tamah, cuba-cuba menyerah nasib kepada Sang Penentu nasib di bumi Malaysia ini.
Saban hari Iskandar menyambung hidup dengan menjaja ikan, di tumpuknya ke dalam tong lalu disendeng di atas pelana motosikal tua di kiri dan kanan. Dengan hanya mengenang lelah isteri dan mata jernih anak yang harus disekolahkan, semangatnya bangun, berkeliling pekan, tembus ke kampung-kampung menjaja ikan sambil dipayung terik mentari. Malamnya beliau isi dengan berkhidmat ke masyarakat, mengajar mengaji di kampung-kampung yang pernah ia singgahi meraih rezeki. Ayah mengenalnya atas usaha-usaha mulia ini.
Setelah musibah ini datang, harus bagaimana Suminah menopang semua urusan dunia ini? untuk pulang dan menjungkir kembali takdir-takdir lama adalah hal yang tak mungkin.(Atau barangkali seperti kata Ebiet G.Ade, kenangan merah jingga memaksa mereka bertahan di sini)
Kulihat Suminah memandang keluar. Dalam dan kosong.
Sesungguhnya hati saya ngilu. Suminah di sisi Iskandar yang sudah lumpuh bicara itu masih sedaya upaya berwajah manis. Mengeraskan hatinya sendiri. Matanya bersinar sambil menyangga semangat untuk sang suami yang mulai hilang daya hidup.Inilah tuan, manusia ini punya cinta yang sederhana tapi seusai tersimpul menjadi begitu agung.
Ketika kami beransur pulang, Suminah genggam tangan ibu. Sekilas itu saya tahu rasa terima kasihnya yang terurung di dalam hati. “Harus tabah. Ujian datang dengan hikmah. Kuatlah mbak!” Dia angguk-angguk.
Suminah pandang keluar lagi. Barangkali menunggu pagi datang. Menunggu kehidupan.
Boikot dan US hegemoni (1)
Monday, January 26, 2009Itu kata dia dan aku tertarik sekali.
Diakhir perang dunia kedua, telah diputuskan menerusi konferens Bretton Woods 1971 bahawa Amerika (dan hanya Amerika) yang punya autoriti memegang instrumen kewangan global. Waktu itu Richard Nixon mempertaruhkan ekonomi Amerika yang agak kukuh untuk meletakkan dolar US sebagai mata wang simpanan dunia (world's reserve currency). Dengan itu, mereka punya leluasa dalam hal mencetak wang kertas.
Ringkasnya, dolar US tak seperti mata wang negara-negara lain yang bergantung kepada jumlah nilai emas yang di simpan dalam bank dunia. Dolar US bergantung kepada "Supply & Demand". Semakin tinggi permintaan (transaksi dengan dolar US) maka semakin tinggi nilai dolar (dan semakin besar pula ia dicetak menerusi fiat).
Tiga tahun kemudian, Amerika(dengan segala kelicikannya) berjaya mempengaruhi Arab Saudi untuk membuat transaksi penjualan minyak menerusi Dolar US. Semua negara memerlukan minyak. Sesudah itu, yang seperti katanya Emmanuel Todd; dalam empayar ekonomi US berlakulah pengaliran kekayaan daripada luar, masuk ke dalam negara tanpa sebarang timbal balik. Amerika hanya perlu mencetak wang dan negara-negara dunia luar pun berebut-rebut menyimpan kewangan (monetary) dalam bentuk Dolar US untuk urusan eksport dan import.
Nah,sampai disitu untuk pembukaan. Kawan, dapatkah engkau menangkap apa yang cuba aku sampaikan?