Godak hati..

Semalam rasa2 aneh dan asing itu datang lagi. bercampur baur, cocktail cacamarba seperti genetik ku. Rasa2ku, muka sudah jadi lebih pekat dari Hidrocloric acid 5M yang hakis kulit. Waktu2 seperti ini, sahabatku tahu bahawa menghindar adalah satu kebijaksanaan, sekurang-kurangnya 5meter dari titik pusat!
Subhanallah..Maha suci Allah yang mengatur rasa2 tadi. Sebetulnya saya sedang cuba mencari kombinasi yang cocok utk rasa2 itu. bumbunya kah, atau kah gula,garam yang kurang? Ibarat soto Maybank ku yang terkenal itu, rempah ratus nya sama dengan soto2 sekufunya yang lain, tapi kerana adunan yang sempurna, dan di adun dengan ‘cinta’ pula (lihat entry Morocco Sizzling) lahirlah rasa yang sempurna tadi. Terima kasih papa atas segarit ilmu dapur mu!
Tapi ‘rasa’ kali ini bukan di adili oleh 5 reseptor yang ada pada hujung lidah. Ia adalah himpunan seloka hati. Tentang peristiwa dan gagasan. Tentang gurindam angan2. Yang timbang tara enak tidak-nya hanya boleh dilihat dalam bentuk karya hidup. Saya masih kurang..masih sangat2 kurang….
Sudah lama rasa ini berdesak2 dalam hati. Telah cuba ku tenang atur kan sebaiknya. Tapi kerana saya manusia, pecah juga tebing Gaza ku..ha ha..Seperti Hamas yang sebegitu berani menongkah sempadan Mesir itu, barangkali begitulah ‘rasa2’ itu berkonfrontasi dalam diriku. Kalau sudah pecah, saya boleh terlantar dua hari, wajah tanpa ekspresi,senyap sepanjang hari. Maaf,saya tidak mampu untuk tidak menjadi saya!
Saya hanya mahu doa. Dari sahabat2ku yang ikhlas mengenal ku. Siapa tahu terpancing simpati Tuhan atas ukhwah ikhlas itu??siapa tahu terjolok kasih Engkau pada satu ungkapan tipikal ‘bertemu dan berpisah hanya kerana siDIA semata.'
Dalam satu teori petala kimia yang menarik, bahawa electron akan hanya melompat ke petala yang terdekat jika dan hanya jika* (*aku mencuri idea logik deduktif..jangan bising2) berada dalam ketakseimbangan. Ahh..Tuan. Sekalipun di balik wajah toya ku tadi tiap kali ‘rasa2’ itu datang berkonfrontasi, aku masih sangat berterima kasih. Ku fikir ke’sintingan’ ku ini adalah intro kepada stability theory. Ha aa.. Atau kalau boleh ku pinjam kata2 avicenna dalam perubatan alternatifnya, menghampiri tingkat equilibrium. Mensasarkan kesempurnaan hampir tidak mungkin tuan, tapi sekurang2nya aku tahu, jiwaku tidak mati. Terus bekerja dan hidup lub dup*!

4 comments:

  1. Anonymous  

    March 5, 2008 at 1:01 AM

    uff..luarbiasa imiginasi anda sophie..metafor,puitis,magis.. Tp cuma begitukah rasa itu?ingatlah saudara ku,salah satu penyakit umat diakhir zaman..kurang berbuat dan panjang "angan2".. hanya untuk mengilustrasikan "rasa" sehingga begitu..?tidakkah ia suatu pembaziran? perjalanan esok masih terlalu panjang..lihatlah dari sudut yg berbeza.trima lah kritis ini dgn "rasa" rasa yang berbeza.. bukan pada seninya tapi pada maksudnya..bukan trletak pada gaya bahasanya tapi pada maksudnya..keepitsimple :)

  2. Sophie  

    March 5, 2008 at 12:07 PM

    Mahukah saudari aku perdengarkan cerita tentang otak kanan yang,oleh Nedd Herrmann di bahagi lagi ke quadrant c dan d? Bahawa angan hari kemarin adalah juga bagian dari reformis hari ini. Seorang inventor, watak2 yang bernaung dibawah quadrant D,adalah mereka yang bermula dengan imaginasi dan angan2 yg kadang absurd. Terpaksa aku menumpang tokoh Jews-Einstein itu, utk contoh si pemilik otak Quadrant D. Kau benar, angan2 bodoh tadi,akan hanya punya nilai, bila ia ditranslasi ke bentuk karya hidup. Di situ bezaku dengan Einstein. Terima kasih atas komen yang manis. Aku masih kurang saudari, dan dalam entri itu-aku ulang dua kali ayat 'kurang' td. Kritik tadi diterima dengan segala senang hati.Daku memandang bukan saja dengan mata kritis, tp jg dengan 'cinta'. Maklumla,aku sedang giat bangunkan Quadrant C:mereka2 yg menerima dan tahu pula memberi!

  3. Anonymous  

    March 5, 2008 at 1:10 PM

    salam reformasi quadrant c&d anda?.. adakah cuma teori bgtu?ahh..saudara terlalu teoritas dalam hal yang begitu.adakah pengalaman lalu adlah base bagi cara berfikir anda?ataupun keligatan otak sebelah kanan dan kiri saudara jadi sandaran kuat untuk berkarya dalam hidup?jangan lupa saudara ku.. slain IQ dan EQ dibgun dan disemai baik,SQ lah pembimbing kedua itu.. kami tidak mengatakn dalam soal "keperluan" seni berimiginasi itu..tapi kami ingin mengingatkan dalam soal pembaziran berfikir dalam hal2 begitu.."kurang"?cukuplah sekedar saja sophie..seimbang&stabil. sekiranya xdirubah,anda akan ada dunia sendiri nanti..melihat sesuatu dengan kaca mata dunia anda..menilai,berfikir dgn kaca mata itu..anda gembira,bahagia,malah tertawa sendiri dgn dunia anda yg asyikk.. anda tidak perlu apa2 dari dunia lain..anda lupa matlamat sebenar dunia sebenar anda..lena dan terpesona dgn keindahan dunia anda..anda lupa esok dan lusa bagaimana..sibuk berfikir/berimiginasi yang..aduh,cukuplah..
    sophie,biarlah sekedar saja!anda lebih tahu diri anda..ini cuma sekedar ingatan saudaraku..wssalam.

  4. Anonymous  

    March 5, 2008 at 4:09 PM

    sape sedara sape sedari ni.poning den
    -tumpang menyibuk!

Post a Comment