Phylo Magis ..


Lalu magis pun wujud dalam cinta. Semarak dan aneh. Agung sekali sehingga Khalil Gibran sampai tersasul berkata " jgn katakan tuhan di hatiku,tp katakan aku di hati tuhan". Saya 'dipaksa' menonton AJL baru2 ini, tercuit dengan tema music magis itu. Seusai malam anugerah, maka terjadilah sumpahan ku yang berat, mengutuk betapa keterlaluannya lah mengganding perkataan magic yang luar biasa dengan AJL yang 'biasa' itu. Mujur saya tidak sempat menyimpan harap, jadi tidak perlu kecewa seperti Zen dan caping-Goen nya.(maklumat aku curi dari Jimadieshah)
Seperti cinta nekad Khalil ini seakan terlupakan lah darjat hamba-nya dengan sang pencipta cinta-hamba tadi. Adapun AJL 'magis' nya barangkali adalah pada kemenangan 'luar biasa' kategori pop rock yang julung-julung kali berlaku. Dalam pada rumate ku beria2 memuji betapa hebatnya lagu Estranged itu, saya masih sibuk teraba2 di mana magisnya??. Barangkali saya harus kembali kepada John Lock dan teori primer-sekundernya yang membosankan. Sudahlah..aku malas.
Biarkan dulu saya nikmati luahan chenta Bonaparte kepada Josephine, lemak dan membuat ku bermimpi. Katanya begini, "Ketika daku berdiri di hadapan ribuan serdaduku, memeriksa khemah2 tentera, tetap engkau Josaphine satu2nya yang berdiri dalam hati ku yang sunyi, beraja dalam fikiranku. Selalu ku katakan bahawa seorang wira sebenarnya tidak terlukakan apabila mati di tangan musuh tanpa sesal, tetapi sekarang.. untuk mati tanpa di awan cinta mu, untuk mati tanpa dikenal akan cintaku, sesungguhnya benar2 neraka dan serasaku aku telah mati sebelum mati.." (ayat ini di translate dengan sedikit cuplikan imaginasiku)
Tuan, tawanlah aku dengan senandung sufi Khalil Ghibran dan cinta casanova Bonaparte, niscaya akan ada istikharah untukmu.

2 comments:

  1. Anonymous  

    March 5, 2008 at 4:24 PM

    entah apa yang saudara cuba sampaikan..cinta kepada sang pencipta cinta atau cinta kepada yang dicipta oleh sang pencipta?..yaa..kami mengakui cinta adalah anugerah sang pencipta.. cuma yang pasti rasa cinta itu berbeda.heehe ah,mungkin ini cuma diary harian saudara kan..atau cuma monolog dalaman yang diceritakan atau ada maksud yg cuba saudara sampaikan..begitu? cerita bercampur-campur..tapi 80% cinta :)

  2. Anonymous  

    March 5, 2008 at 5:25 PM

    ini cerita cinta kekampungan dari orang desa sepertiku..Saudari kan perempuan yg bijaksana, aku yakin SQ saudari boleh dieksploitasi. Fikirlah sendiri!he he

Post a Comment