Soneta seminggu
Friday, February 29, 2008Ada beberapa kejutan masuk dlm alam sedar ku seminggu ini. pertamanya : dompetku hilang ketika workshop "scientific Writing" di de Palma Hotel baru2 ini. Sebentar aku gundah , tertatih-tatih memahami bahasa Tuhan kali ini. Lalu aku tunggu, kalau2 ada isyarat rahsia Tuhan stlh itu. Duitku di dalam, telah ku isyhtihar halal. (maklum la, rm 50 je..kalau Rm500 agaknya meraung jugak aku). Besoknya 2 lelaki kesayanganku dtg temui ku serentak tanpa dirancang. Mereka bertelagah, dan aku selalu diam saja,memerhati dan sesekali jadi tukang sorak. Akhir kata, si sulung mengalah. Dan yang satunya menyisip beberapa lembar kertas warna hijau ke tanganku. "untuk orang2 teraniaya" .Begitu katanya.Ahh..aku sayang mereka!
Hari khamis. Penelope, si pemintal kafan ini dilamar. LAGI. Ini betul-betul gila. Masdar, si hud hud pengutus berita kali ini berkata " Mahdi sahabatku yang paling akrab. Aku tidak sembarangan pilih, sebab aku kenal kau Sophie" Teruja juga. Sedikit. Ada beberapa nama selintas masuk dalam benak. Ibu, perlukah dia aku istikharahkan? Tabassum, mahu aku jawab apa dengan permintaan besar ini? Ali,kau teman.Tak lebih tak kurang. Muhammad,urfff..selamat tinggal!
Besok, tulat apalagi yang KAU aturkan buatku hah? Bercinta, kawin dan tidak bahagia? Atau matikah dulu? Aku tidak mau macam Xiu Xiu dan epal daranya, sebab aku fikir ENGKAU tidak sekejam itu menghantar kami ke jalanan tanpa pilihan. Tuhan bukan tentang syurga dan neraka saja, DIA sedang renung kita dengan sinar mata yang hangat di atas. Phylo!
Segadis Dian dan seorang Hafiz
Friday, February 22, 2008Malam ini adalah untuk Diana Ariesta dan Hafiz Firdaus. Keduanya menghangat saraf dan motivasi2 kecil pun bagai dirancang2, hadir bersama dua nama ini.
Seorang wanita pelacur, yg menggadai kehormatan atas nama sara diri, datang dan temui gadis Diana itu. Pada Diana dikhabarkan jerih hatinya, berhiba2 dia dengan hukum alam, akan walang nasib dan masa depannya, dia sudah hilang maruah dan malu. Di hujung pertemuan itu, berbekal persahabatan SMA-SMP, diunjuk tangannya dari bawah, dan matanya pun bercerita akan hasrat keluar dari dunia itu, asal saja ada yang sudi membantu, bekal duit buat kelangsungan hidup baru.
Berlinang Gadis Diana tadi dengan kisah sahabatnya itu, dan dia juga, dengan bergolok gadai persahabatan SMA-SMP tadi, tanpa ragu2 dihulur kad bank yang isinya tidak kurang dari 3juta rupiah, terlupalah gadis itu akan bagaimana susahnya dia mengumpul wang sebanyak itu, terlupakanlah dia akan angan2nya membeli speda mini, fikirannya memusat kepada ukhuwah fillah nya dengan gadis yang sudah tidak gadis itu..bahawa sahabatnya perlu dibantu dan Diana pun jadi tangan2 yang 'di atas' itu.
Kuliah “Islamisasi Harta” Kapten Hafiz Firdaus segar. Ada satu hadith yang masih berdengung2 sayup di telinga ku: “ Seorang hamba berkata: “hartaku!hartaku!” sesungguhnya yang menjadi (harta) miliknya tidak lain hanya tiga:
(1) Apa yg dia makan hingga habis (menjadi darah daging)
(2) Apa yg dia pakai hingga lusuh
(3) Apa yang dia sedekahkan hingga kekal.
Apa yg selain itu (bukanlah harta kerana) dia akan pergi (mati) dan meninggalkannya kepada manusia*”
Suatu hari gadis Diana itu dtg kepadaku. Katanya temannya yang sudah tidak gadis itu tiba2 lesap tanpa pamit. Pergi sekali dengan kad bank dan isi akaun sejumlah 3juta rupiah itu. Masa itu aku cuma diam terpaku. Menyumpah dalam hati. Sekarang ini, kalau boleh diulang tayang semula dialog ku dengan gadis Diana itu, ingin aku pujuk dia dengan ayat suci ini: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah LEBIH BAIK UNTUK KAMU, kalaulah kamu mengetahui”**
Buat si penghutang, Kalau rasa2 siap untuk pikul dosa yg tak terampunkan, silakan terus berhutang. Sebab Muhammad kata begini, “diampunkan bagi seseorang (yang mati) syahid semua dosanya KECUALI HUTANG”***
Terima kasih kapten, atas masa emas tuan itu buat kami, dlm kesibukan tugas di kokpit membelah awan nun di atas sana, masih tuan sempatkan menjenguk kami 'di bawah' ini. Barangkali bagus juga tuan fikir2, dan timbang2kan lelucon bro Shahkirit itu "atas nama infaq alias pelaburan, bila mr.kapten boleh buat kuliah ilmu dalam Boeing 747 itu?" haaaa...Dlm encirhment class itu, 30 minit pertama adalah 'dessert' (side dish) dr kalangan ahli sebelum disambung oleh speaker utama (main dish). Kiranya benar akan nanti dibuat kuliah atas 14000 kaki dari permukaan bumi, masa itu, kalau sekali tuan moderator minta aku jadi side dish, 10x aku akan kata "sanggup!"
* sahih muslim : 2959
**2:280
***sahih muslim: 1886
DIA
Tuesday, February 12, 2008
kemarin ketemu paduka sulung ku. Tahu2 dia hidup semula, bangkit dari kubur dan tiba2 telah duduk di depan si sulung itu sambil menayang senyum dalam buatku.ufffff...membahang saya serta merta!Shakespeare, tolong aku!
Phylo Magis ..
Monday, January 28, 2008
Seperti cinta nekad Khalil ini seakan terlupakan lah darjat hamba-nya dengan sang pencipta cinta-hamba tadi. Adapun AJL 'magis' nya barangkali adalah pada kemenangan 'luar biasa' kategori pop rock yang julung-julung kali berlaku. Dalam pada rumate ku beria2 memuji betapa hebatnya lagu Estranged itu, saya masih sibuk teraba2 di mana magisnya??. Barangkali saya harus kembali kepada John Lock dan teori primer-sekundernya yang membosankan. Sudahlah..aku malas.
Biarkan dulu saya nikmati luahan chenta Bonaparte kepada Josephine, lemak dan membuat ku bermimpi. Katanya begini, "Ketika daku berdiri di hadapan ribuan serdaduku, memeriksa khemah2 tentera, tetap engkau Josaphine satu2nya yang berdiri dalam hati ku yang sunyi, beraja dalam fikiranku. Selalu ku katakan bahawa seorang wira sebenarnya tidak terlukakan apabila mati di tangan musuh tanpa sesal, tetapi sekarang.. untuk mati tanpa di awan cinta mu, untuk mati tanpa dikenal akan cintaku, sesungguhnya benar2 neraka dan serasaku aku telah mati sebelum mati.." (ayat ini di translate dengan sedikit cuplikan imaginasiku)
Tuan, tawanlah aku dengan senandung sufi Khalil Ghibran dan cinta casanova Bonaparte, niscaya akan ada istikharah untukmu.