Soneta seminggu

Hujan lagi. Aku phylo hujan. Dentingnya sewaktu jatuh ke jubin jalan buat aku khayal dan lupa alam. Sekuel hujan masih yang itu2 juga. Mendung,guruh sebelum menangis. Hairan juga,aku tak pernah bosan untuk candu.
Ada beberapa kejutan masuk dlm alam sedar ku seminggu ini. pertamanya : dompetku hilang ketika workshop "scientific Writing" di de Palma Hotel baru2 ini. Sebentar aku gundah , tertatih-tatih memahami bahasa Tuhan kali ini. Lalu aku tunggu, kalau2 ada isyarat rahsia Tuhan stlh itu. Duitku di dalam, telah ku isyhtihar halal. (maklum la, rm 50 je..kalau Rm500 agaknya meraung jugak aku). Besoknya 2 lelaki kesayanganku dtg temui ku serentak tanpa dirancang. Mereka bertelagah, dan aku selalu diam saja,memerhati dan sesekali jadi tukang sorak. Akhir kata, si sulung mengalah. Dan yang satunya menyisip beberapa lembar kertas warna hijau ke tanganku. "untuk orang2 teraniaya" .Begitu katanya.Ahh..aku sayang mereka!

Isnin. Odysiuss, watak awang2an itu tiba2 muncul dalam alam nyata,melempar senyum hangat buatku. Mengganding namanya yang agung itu dengan nama kecilku cukup membuat ku terangkat dan lupa diri. Seperti apa dia? Dia yg halilintar suaranya mengarah serdadu berbaris, memeriksa satu2 barisan pertahanan, barangkali juga seorang 'manusia' yg kenal akan cinta. Siapakah dia tanpa baju zirah lekat di tubuh? Manusia macam apakah dia tanpa pedang dan busur panah tersendeng di bahu? Sial, kenapalah pikiran ini yang merasuk otak kecilku?
Aku turun UM lagi. Hari RABU dengan bekas classmate, Munirah namanya. Malam itu malam terakhir Festival filem international, German. "Kebab Connection" yang aku canang2 dengan Jimadie. Entah jin kategori apakah yang cemburu, menghasut dia supaya datang lewat sehari. Urfff..begitu rupanya nilai informasi. Barangkali sudah berbakul2 sumpahannya turun ke atasku. Kasihan dia! Padahal malam itu pikiranku separuh saja di filem, separuh lagi utk dia. Datangkah? Bodoh sekali.haha! tapi bagus juga tuan tidak datang, benar seperti di kata, filem itu tolol, cuma tidak membosankan. Hey,Jgn salahkan Tuhan ya!
Hari khamis. Penelope, si pemintal kafan ini dilamar. LAGI. Ini betul-betul gila. Masdar, si hud hud pengutus berita kali ini berkata " Mahdi sahabatku yang paling akrab. Aku tidak sembarangan pilih, sebab aku kenal kau Sophie" Teruja juga. Sedikit. Ada beberapa nama selintas masuk dalam benak. Ibu, perlukah dia aku istikharahkan? Tabassum, mahu aku jawab apa dengan permintaan besar ini? Ali,kau teman.Tak lebih tak kurang. Muhammad,urfff..selamat tinggal!
Besok, tulat apalagi yang KAU aturkan buatku hah? Bercinta, kawin dan tidak bahagia? Atau matikah dulu? Aku tidak mau macam Xiu Xiu dan epal daranya, sebab aku fikir ENGKAU tidak sekejam itu menghantar kami ke jalanan tanpa pilihan. Tuhan bukan tentang syurga dan neraka saja, DIA sedang renung kita dengan sinar mata yang hangat di atas. Phylo!

5 comments:

  1. Anonymous  

    March 2, 2008 at 6:17 PM

    Assalamulikum cayhi,
    how r you, nice to see your blog.
    you can also visit my blog

  2. Anonymous  

    March 2, 2008 at 6:24 PM

    Assalamulikum cayhi,
    how r you, nice to see your blog.
    you can also visit my blog

  3. Dee  

    March 3, 2008 at 12:32 AM

    dear penelope sang pemintal kain, tahniah for the proposal, hehe. When in doubts, one shud ask Allah, remember dua is a communication beetween creation n creator. u might not say u aren't giving it a thought but hey sophie juga yang bilang kalau sophie ni bertanya-tanya dalam hati yg lub dub lub dub itu kalau-kalau bagaimana kalau dialah THE ONE, itu berarti kalau sophie ni sebenarnya giving it a thought, kalau sophie ni ada in doubt. so sophie my dear love, give it more thought dan jangan cuma gunakan hati dan perasaan, karena kadang bisa menipu. tapi tanyakan sama yang lebih punya kuasa pada hati dan perasaan kita ini, mana yang best buat sophie. moga Allah kasih yang terbaik buat sophie

  4. 1  

    March 3, 2008 at 10:31 AM

    bak kata p ramli, "jin pakai toceng, cikgu!"

    hahaha

  5. Anonymous  

    March 4, 2008 at 9:18 AM

    Dianku, kau benar. Kita saja, manusia2 yg selalu lupa diri ini, yg suka buat hidup jd kompleks.after all, life is abt experiment isn't?Lalu aku balik bertanya, perlu letak hipotesis juga kah? cinta-perlu ikut protokol siapa? Atau ikut sj resmi jawa, wes..dilanggar aja!ha ha..
    Jimadie: kirim salam kat jin.Katakan, jgn kacau Odysius aku. Penelope sudah lama merana.

Post a Comment