Segadis Dian dan seorang Hafiz

Malam ini adalah untuk Diana Ariesta dan Hafiz Firdaus. Keduanya menghangat saraf dan motivasi2 kecil pun bagai dirancang2, hadir bersama dua nama ini.
Seorang wanita pelacur, yg menggadai kehormatan atas nama sara diri, datang dan temui gadis Diana itu. Pada Diana dikhabarkan jerih hatinya, berhiba2 dia dengan hukum alam, akan walang nasib dan masa depannya, dia sudah hilang maruah dan malu. D
i hujung pertemuan itu, berbekal persahabatan SMA-SMP, diunjuk tangannya dari bawah, dan matanya pun bercerita akan hasrat keluar dari dunia itu, asal saja ada yang sudi membantu, bekal duit buat kelangsungan hidup baru.
Berlinang Gadis Diana tadi dengan kisah sahabatnya itu, dan dia juga, dengan bergolok gadai persahabatan SMA-SMP tadi, tanpa ragu2 dihulur kad bank yang isinya tidak kurang dari 3juta rupiah, terlupalah gadis itu akan bagaimana susahnya dia mengumpul wang sebanyak itu, terlupakanlah dia akan angan2nya membeli speda mini, fikirannya memusat kepada ukhuwah fillah nya dengan gadis yang sudah tidak gadis itu..bahawa sahabatnya perlu dibantu dan Diana pun jadi tangan2 yang 'di atas' itu.
Kuliah “Islamisasi Harta” Kapten Hafiz Firdaus segar. Ada satu hadith yang masih berdengung2 sayup di telinga ku: “ Seorang hamba berkata: “hartaku!hartaku!” sesungguhnya yang menjadi (harta) miliknya tidak lain hanya tiga:
(1) Apa yg dia makan hingga habis (menjadi darah daging)

(2) Apa yg dia pakai hingga lusuh
(3) Apa yang dia sedekahkan hingga kekal.
Apa yg selain itu (bukanlah harta kerana) dia akan pergi (mati) dan meninggalkannya kepada manusia*”
Suatu hari gadis Diana itu dtg kepadaku. Katanya temannya yang sudah tidak gadis itu tiba2 lesap tanpa pamit. Pergi sekali dengan kad bank dan isi akaun sejumlah 3juta rupiah itu. Masa itu aku cuma diam terpaku. Menyumpah dalam hati. Sekarang ini, kalau boleh diulang tayang semula dialog ku dengan gadis Diana itu, ingin aku pujuk dia dengan ayat suci ini: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah LEBIH BAIK UNTUK KAMU, kalaulah kamu mengetahui”**
Buat si penghutang, Kalau rasa2 siap untuk pikul dosa yg tak terampunkan, silakan terus berhutang. Sebab Muhammad kata begini, “diampunkan bagi seseorang (yang mati) syahid semua dosanya KECUALI HUTANG”***
Terima kasih kapten, atas masa emas tuan itu buat kami, dlm kesibukan tugas di kokpit membelah awan nun di atas sana, masih tuan sempatkan menjenguk kami 'di bawah' ini. Barangkali bagus juga tuan fikir2, dan timbang2kan lelucon bro Shahkirit itu "atas nama infaq alias pelaburan, bila mr.kapten boleh buat kuliah ilmu dalam Boeing 747 itu?" haaaa...Dlm encirhment class itu, 30 minit pertama adalah 'dessert' (side dish) dr kalangan ahli sebelum disambung oleh speaker utama (main dish). Kiranya benar akan nanti dibuat kuliah
atas 14000 kaki dari permukaan bumi, masa itu, kalau sekali tuan moderator minta aku jadi side dish, 10x aku akan kata "sanggup!"
* sahih muslim : 2959
**2:280
***sahih muslim: 1886


5 comments:

  1. Yehia  

    February 23, 2008 at 1:26 AM

    MashaAllah, Nice Posting... Keep writting ..;))

  2. Sophie  

    February 23, 2008 at 4:37 PM

    komeng benar komen tuan ini..hehh..bunyi ayat seperti anda sekadar mau melepas 'syarat wajib' yg kuberi td kemarin..adoi

  3. Dee  

    March 3, 2008 at 12:39 AM

    moga uang yang diberi si diana tu berguna buat si penghutang juga buat diana tu sendiri. ameen

  4. Sophie  

    March 3, 2008 at 9:49 AM

    Aku tau hatimu dee..

  5. Anonymous  

    March 5, 2008 at 4:45 PM

    pertanyaan nya begini..sy punya hutang?apa yang telah sy makan(halal/haram)?sy punya harta yang tidak pernah disedekahkan?..berkomentarlah pada diri sendiri..termasuk sy sendiri.ihihih

Post a Comment