Tawa sang hanuman


Bagian paling menarik dalam biologi homo sapiens, adalah apa yg cuba disorok2 di balik kranium kepala keras itu. Dengan mengabaikan fungsinya sbg medium jana ilmu, ia cuma tisu lembik yg berisi cairan kental kuning pucat, teradun dari sel neuron dan glial. Neuron bagiku adalah satu magis. Rupanya seperti sperma yg termutasi di bahagian kepala,membentuk hexagon dengan sisi yg tak jelas. Dalam tisu kuning pucat tadi, ia dengan tekun bertugas menghantar isyarat, serupa server sentral- penghubung, penterjemah,pengelola maklumat bentuk bahan mentah ke bentuk yg lebih difahami - spt logaritma dalam pengkomputeran yg setelah diterjemah membentuk warna2 indah, variasi huruf2, dering yg melankolik, dan segala macam lainnya. Dengan kepantasan mencecah 200mph(90 meter per saat), kilang pemprosesan ini jadi kilang nano yg terunggul sekali teknologinya.
Ada pula salut Myelin, yg namanya spt nama anak Cina di buku2 sekolah rendah-menyalut bahagian ekor sel neuron tadi, atau dengan istilah sains yg membosankan-si ekor Akson. Cik Myelin ini, tugasnya menghalang renjatan berlaku. Maklum sajalah..dengan kelajuan tinggi spt itu, ditambah pula sistem ini digerakkan dengan imbangan jana kuasa elektrik dari Potassium, ,klorida, Natrium dan kalsium dlm sel tadi, penebat serupa ini d perlukan. Oh tuan, bukan sebarang anak cina ya!penebat pada umumnya adalah konduktor yg lemah, tp Myelin ini, malah tugasnya menambah merangsang kelajuan transmisi! Maka mulut aku,kamu kalau masih tidak tahu mengucap 'subhanallah'...Terkutuklah aku,terkutuklah engkau.
Buya Hamka kata begini, "Bila mulutmu terucap 'Allah',maka sesungguhnya engkau telahpun sampai.." Seusai itu, termuntahlah segala bahan mentah yg sudah masak tadi keluar dari bibir akson, berbondong2 dalam bentuk maklumat-boleh jadi berupa arahan yg membuah kaskade arahan2 yg baru,atau juga membuah tindakan fizikal dengan ritma yg indah. Maka tuan kentut, lapar, meraung histeris..berterima kasihlah pada cecair lembik yg disorok2 dlm kranium tuan itu.
Jangan tuan tidak tahu, dengan mengambil sisi pandangan geneticist, 'kami' memperakui sel2 otak adalah sel yg tidak boleh digenerasi. Tidak serupa sel2 lain yg gemarkan istilah 'kelahiran semula'; ephitelium misalnya, neuron tidak begitu. Maka yg demikian, ia menjadi sel yg paling popular, karismatik dan beredisi terhad. Kalaupun ada, proses mitosis hanya berlaku seputar kawasan tulang belakang (spinal cord) dan bukan dibahagian otak, itupun dengan kadar yg sangat lamban, hampir2 tidak berlaku. Dogma ini melogikkan sebab mengapa kanser otak menjadi alat pembunuh yg sadistik dan tidak kenal ampun.
Lalu aku jd terheran2, bila mana statistik dikeluarkan bahawa Malaysia punya penagih dadah tegar sejumlah 750000 orang, sekitar 3% dari jumlah penduduk negara ini. 3% ini,yg aku jamin sudah barang tentu dari kalangan belia-tak sayangkah mereka akan kematian sel2 magis neuron yg beredisi terhad tadi?Tak bimbangkah mereka, dadah yg fungsinya merencat simulasi otak, menghalang transmisi berlaku, kemudian harinya akan memberi pengakhiran yg cukup tragis dalam sejarah homo sapiens yg agung ini; yakni kegilaan kekal. Tak rasa terhinakah tuan?
Akupun tidak jadi berkira2 akan retorik Soekarno dengan bahasanya yg menggegar, "berikan aku sepuluh pemuda,niscaya kan ku goncang dunia". Aduh, maaf pak. Tapi kalau kau masih hidup sekarang, pasti akan ku minta kau tarik balik katamu itu. Diluar sana, pembunuhan beramai2 sel2 magis itu masih giat berlangsung. Aku rasa pesaing terdekat spesis homo sapiens, si hanuman toya itu pasti sedang terbahak ketawa sekarang. Aduhh...


0 comments:

Post a Comment