Nasionalism bukanlah suatu mimpi. Ia adalah ideologi, yang cuba merentas warna kulit dan kesukuan dengan rangkuman identiti kolektif: satu "bangsa" satu negara. Seorang nasionalis adalah mereka yang punya keakuran dengan herediti budaya negara itu, dan berkongsi kecintaan & masa depan yg serupa dlm kelompok bangsa tadi. Sekalipun tiap negara mentafsir nasionalism dengan kaca mata yg pelbagai, inti nya sama: bangsa adalah suatu entiti mutlak (primary identity) dan sumber kesatuan.

Di Indonesia,nasionalism menjadi suatu jeritan yang maha lantang ketika menyingkir kolonial bejat serdadu 'londo' itu. Ia jadi hegemoni untuk mengumpul suku Batak, Madura, Sunda,Jawa berkumpul dlm satu payung. Ironisnya, atas nama nasionalism entiti yang berbau relijus juga terkeluar sekali dalam cakupan konsep nasionalism tadi. Lihat kenekadan bung Hatta menyingkir keluar perkataan "dengan kewajiban melaksanakan syariat islam" dlm piagam Jakarta UUD 45. Kononnya golongan Nasrani yg cuma beberapa persen itu menolak bergabung dengan NKRI jika sebaris ayat tadi tidak di hapus. Bung Hatta adalah orang yang taat beragama, tapi atas nama nasionalism-dia akur.
Lalu aku tidak hairan kalau Haseena marah2 akan gelaran "indon" buat rakyat Indonesia. Titik bengiknya dari sentimen "Die muttersprache ist das wahrzeichen des vaterlandes" (mother tounge is the symbol of the fatherland) yang dipopularkan oleh Friedrich Kluge, sorang nasionalis Jerman - yang kemudiannya melahirkan istilah "Bahasa jiwa Bangsa" versi nusantara. Kebangsaan sekali! Soekarno berjaya mencipta sensitiviti cinta-bangsa ini, yang sebenarnya kalau menurutku, tidaklah apa2, tidaklah siapa2. Di sana, rakyat Malaysia lebih keras di kutuk dengan gelaran "Malas sial". Mereka diam saja, entahkan kami ini memang benar penyabar dan anti-violent orangnya, ataukah nasionaliti rakyat yang sudah terhakis. Kalau ada pilihan, aku mahu saja pura2 tidak kisah dan buat2 tidak nampak.Kalaulah boleh..
Di IIS semalam (khamis) kami membahas soal Nasionalism juga. Tentang Nasionalism yang merencatkan sejarah. Speaker utamanya anak muda dari PJ, pensyarah UIA cawangan Nilai. Helmi namanya. Ada beberapa perkara menarik yg bagus di bangkit di sini. Tentang Sejarah2 yang cuba diterjemah mengikut kaca mata pemerintah. "History written by the side who won"..Bunyi nya kejam sekali, sejarah sudah kehilangan 'daranya', dan cucu cicit kita pun akan ber'hero'kan hero plastik. Kasihan sekali!
Masalah patriotism adalah apabila status kebangsaan diletakkan melebihi kebenaran. Sejarah menurut mereka harus serba 'wah', serba muluk2 dan sedap di dengar untuk generasi akan datang. Lihat saja kisah klise Christoper Colombus dan penemuan 'dunia baru'nya. Waktu itu, tidak sedikit yang percaya! contoh2 sepele seputar Malaysia adalah spt rancangan PSM untuk meletakkan papan tanda di jalan2 besar yang mencatat historikal jalan2 tadi. Lalu atas nama nasionalism, mereka mencadangkan agar mana2 jalan yg melibatkan nama2 tokoh bukan sebangsa, di hapus sejarahnya dan ditukar dengan sejarah2 pseudo. Alangkah!
Ideologi nasionalism juga sedar ataupun tidak hanya menyorot satu posisi tamadun saja : POLITIK. Bukalah buku sejarah Dunia tingkatan empat, dan sejarah Malaysia tingkatan 5. Intipati politik dan perjalanannya memenuhi buku2 ini dari kulit ke kulit. Sejarah dengan bumbu nasional ini menjadi sesuatu yang defensif dan kekurangan nilai tambah. Ia jadinya mengabaikan sejarah dari dimensi2 yang lain, budaya-sosial misalnya. Masalah tentang cerita2 politik ini, selain pepatah "history written by the side who won", ia juga bercerita lebih hanya tentang orang2 atasan, mereka2 yang mampu menciptakan sejarah2 tadi. Sejarah tidak sinkroni antara negara2, terlalu banyak versi sebab masing2 juga mahu mencipta hero plastik. Lalu, atas sebab itu dunia sains selalu rasa bangga. Almaklum, keberadaan ilmunya, sama ada sahih ataupun tidak diverifikasikan melalui eksperimen dan aktiviti empirikal.
Hari ini kita ada sejarah yang manis tentang PRU. Kita menunggu momen ini sejak puluhan tahun, dan hari ini, kalaupun buah yang kita tanam tidaklah selebat mana, tapi kurang2 sudah boleh dipetik dan berbagi hasilnya sekampung. Kita mahu catatan manis ini dimasukkan dalam sejarah Malaysia, bahawa lelahnya menanam, membaja pokok untuk puluhan tahun, berbalas juga dengan(kalaupun tidak lebat) buah yang meranum, dan manis sekali. Tolong jangan padam sejarah ini. Aku mahu juga cucu2ku nanti punya hero yang real.
*NKRI: Negara Kesatuan Republik Indonesia
*UUD: Undang Undang Dasar
*PRU: Pilihan Raya Umum
*PSM: Persatuan Sejarah Malaysia

2 comments:

  1. yaya  

    March 15, 2008 at 4:45 AM

    Alhamdulillah..cukup jelas dan menjurus maksudnya..merah putih baju bukan ukuran kita,Dan baju itu cuma sekadar baju tidak lebih dari maksud baju itu sendiri..mungkin sudah masanya kita memikirkan generasi seterusnya,bukan bilangan nya tapi kualiti nya yang boleh merubah apa saja(insyaAllah)..Jika disaat ini kita boleh merasai nikmatnya air kelapa muda,itu pasti tanaman datuk&nenek kita yang dahulu..jelas kan?hee ayuh!!kita gabung mental,fizikal dan rohani. kita gosok,kita majukan,kita mantapkan!dengan acuan yang betul!biar setidak-tidaknya generasi yang lahir setelah kita punya jati diri perjuangan!!Allahuakhbar!

  2. Anonymous  

    March 18, 2008 at 7:31 AM

    subhanallah dik...kamu memang amazing..
    durian belakang rumah barangkali untuk cucu2 kita jg ya!

Post a Comment