Boikot dan US hegemoni (1)

firdaus temanku yang disumpah obsesi kucing itu masih gencar berkempen memboikot dolar US. Kelihatannya dia tak tertarik dengan idea boikot produk Amerika. Pemboikotan versi ini barangkali berhasil memberikan tekanan, tapi tak sampai merubah hal-hal besar, ideologi atau gagasan militari di bawah kempen 'anti-keganasan' tajaan Amerika itu. Gergasi-gergasi itu tetap tak berkutik dan oleh kerana itu kita harus beralih dan bersekongkol dengan idea Tun M kepada kuasa ekonomi terbesar, pemboikotan mata wang dunia;Dolar US.

Itu kata dia dan aku tertarik sekali.

Diakhir perang dunia kedua, telah diputuskan menerusi konferens Bretton Woods 1971 bahawa Amerika (dan hanya Amerika) yang punya autoriti memegang instrumen kewangan global. Waktu itu Richard Nixon mempertaruhkan ekonomi Amerika yang agak kukuh untuk meletakkan dolar US sebagai mata wang simpanan dunia (world's reserve currency). Dengan itu, mereka punya leluasa dalam hal mencetak wang kertas.

Ringkasnya, dolar US tak seperti mata wang negara-negara lain yang bergantung kepada jumlah nilai emas yang di simpan dalam bank dunia. Dolar US bergantung kepada "Supply & Demand". Semakin tinggi permintaan (transaksi dengan dolar US) maka semakin tinggi nilai dolar (dan semakin besar pula ia dicetak menerusi fiat).

Tiga tahun kemudian, Amerika(dengan segala kelicikannya) berjaya mempengaruhi Arab Saudi untuk membuat transaksi penjualan minyak menerusi Dolar US. Semua negara memerlukan minyak. Sesudah itu, yang seperti katanya Emmanuel Todd; dalam empayar ekonomi US berlakulah pengaliran kekayaan daripada luar, masuk ke dalam negara tanpa sebarang timbal balik. Amerika hanya perlu mencetak wang dan negara-negara dunia luar pun berebut-rebut menyimpan kewangan (monetary) dalam bentuk Dolar US untuk urusan eksport dan import.

Nah,sampai disitu untuk pembukaan. Kawan, dapatkah engkau menangkap apa yang cuba aku sampaikan?

1 comments:

  1. Anonymous  

    January 30, 2009 at 2:29 AM

    I am a baby blog... cute, and newbie. please visit and leave a comment... yeah....

    cheers... :) heheheh

Post a Comment