Soneta seminggu
Friday, February 29, 2008Ada beberapa kejutan masuk dlm alam sedar ku seminggu ini. pertamanya : dompetku hilang ketika workshop "scientific Writing" di de Palma Hotel baru2 ini. Sebentar aku gundah , tertatih-tatih memahami bahasa Tuhan kali ini. Lalu aku tunggu, kalau2 ada isyarat rahsia Tuhan stlh itu. Duitku di dalam, telah ku isyhtihar halal. (maklum la, rm 50 je..kalau Rm500 agaknya meraung jugak aku). Besoknya 2 lelaki kesayanganku dtg temui ku serentak tanpa dirancang. Mereka bertelagah, dan aku selalu diam saja,memerhati dan sesekali jadi tukang sorak. Akhir kata, si sulung mengalah. Dan yang satunya menyisip beberapa lembar kertas warna hijau ke tanganku. "untuk orang2 teraniaya" .Begitu katanya.Ahh..aku sayang mereka!
Hari khamis. Penelope, si pemintal kafan ini dilamar. LAGI. Ini betul-betul gila. Masdar, si hud hud pengutus berita kali ini berkata " Mahdi sahabatku yang paling akrab. Aku tidak sembarangan pilih, sebab aku kenal kau Sophie" Teruja juga. Sedikit. Ada beberapa nama selintas masuk dalam benak. Ibu, perlukah dia aku istikharahkan? Tabassum, mahu aku jawab apa dengan permintaan besar ini? Ali,kau teman.Tak lebih tak kurang. Muhammad,urfff..selamat tinggal!
Besok, tulat apalagi yang KAU aturkan buatku hah? Bercinta, kawin dan tidak bahagia? Atau matikah dulu? Aku tidak mau macam Xiu Xiu dan epal daranya, sebab aku fikir ENGKAU tidak sekejam itu menghantar kami ke jalanan tanpa pilihan. Tuhan bukan tentang syurga dan neraka saja, DIA sedang renung kita dengan sinar mata yang hangat di atas. Phylo!
Segadis Dian dan seorang Hafiz
Friday, February 22, 2008Malam ini adalah untuk Diana Ariesta dan Hafiz Firdaus. Keduanya menghangat saraf dan motivasi2 kecil pun bagai dirancang2, hadir bersama dua nama ini.
Seorang wanita pelacur, yg menggadai kehormatan atas nama sara diri, datang dan temui gadis Diana itu. Pada Diana dikhabarkan jerih hatinya, berhiba2 dia dengan hukum alam, akan walang nasib dan masa depannya, dia sudah hilang maruah dan malu. Di hujung pertemuan itu, berbekal persahabatan SMA-SMP, diunjuk tangannya dari bawah, dan matanya pun bercerita akan hasrat keluar dari dunia itu, asal saja ada yang sudi membantu, bekal duit buat kelangsungan hidup baru.
Berlinang Gadis Diana tadi dengan kisah sahabatnya itu, dan dia juga, dengan bergolok gadai persahabatan SMA-SMP tadi, tanpa ragu2 dihulur kad bank yang isinya tidak kurang dari 3juta rupiah, terlupalah gadis itu akan bagaimana susahnya dia mengumpul wang sebanyak itu, terlupakanlah dia akan angan2nya membeli speda mini, fikirannya memusat kepada ukhuwah fillah nya dengan gadis yang sudah tidak gadis itu..bahawa sahabatnya perlu dibantu dan Diana pun jadi tangan2 yang 'di atas' itu.
Kuliah “Islamisasi Harta” Kapten Hafiz Firdaus segar. Ada satu hadith yang masih berdengung2 sayup di telinga ku: “ Seorang hamba berkata: “hartaku!hartaku!” sesungguhnya yang menjadi (harta) miliknya tidak lain hanya tiga:
(1) Apa yg dia makan hingga habis (menjadi darah daging)
(2) Apa yg dia pakai hingga lusuh
(3) Apa yang dia sedekahkan hingga kekal.
Apa yg selain itu (bukanlah harta kerana) dia akan pergi (mati) dan meninggalkannya kepada manusia*”
Suatu hari gadis Diana itu dtg kepadaku. Katanya temannya yang sudah tidak gadis itu tiba2 lesap tanpa pamit. Pergi sekali dengan kad bank dan isi akaun sejumlah 3juta rupiah itu. Masa itu aku cuma diam terpaku. Menyumpah dalam hati. Sekarang ini, kalau boleh diulang tayang semula dialog ku dengan gadis Diana itu, ingin aku pujuk dia dengan ayat suci ini: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah LEBIH BAIK UNTUK KAMU, kalaulah kamu mengetahui”**
Buat si penghutang, Kalau rasa2 siap untuk pikul dosa yg tak terampunkan, silakan terus berhutang. Sebab Muhammad kata begini, “diampunkan bagi seseorang (yang mati) syahid semua dosanya KECUALI HUTANG”***
Terima kasih kapten, atas masa emas tuan itu buat kami, dlm kesibukan tugas di kokpit membelah awan nun di atas sana, masih tuan sempatkan menjenguk kami 'di bawah' ini. Barangkali bagus juga tuan fikir2, dan timbang2kan lelucon bro Shahkirit itu "atas nama infaq alias pelaburan, bila mr.kapten boleh buat kuliah ilmu dalam Boeing 747 itu?" haaaa...Dlm encirhment class itu, 30 minit pertama adalah 'dessert' (side dish) dr kalangan ahli sebelum disambung oleh speaker utama (main dish). Kiranya benar akan nanti dibuat kuliah atas 14000 kaki dari permukaan bumi, masa itu, kalau sekali tuan moderator minta aku jadi side dish, 10x aku akan kata "sanggup!"
* sahih muslim : 2959
**2:280
***sahih muslim: 1886
Berani yang bijaksana
Tuesday, February 12, 2008Jimadie masih bingit dengan sumpahan berat "sial" berkenaan pengharaman buku "islam dan pluralism" tulisan al-Mustaqeem. Sampai waktu ini, saya masih teraba2, soal kebebasan bersuarakah isunya ataukah pernyataan rasa dukacita akan jumudnya masyarakat malaysia menilai sesuatu paradigma.
Setuju benar dengan kata2 seorang blogger "Kita perlu berani untuk tahu-ahain, t'as l'corage a savoir!". Tapi lagi2 saya bingung, rakyatku yang citarasanya di novel2 ringan yang neither alQuran nor hadith itu, sudah sampai masanya kah mereka di sugu dengan bahan2 ini? Soal akidah bukan mcm bulu tangkis, boleh di 'smesh' sesuka hati. Lalu mengembaralah fikiranku ke zaman Umar, bila mana pernah sekali hukuman hudud mansuh sekejap, sebab Negara tengah miskin, jadi kalau ada yang mencuri, kurang wajar dipotong tangan. Jadi fikirku..iyaaa..untuk tahu itu adalah satu keberanian, tapi berani saja tidak cukup tuan, harus berani dan bijaksana. Lirik juga konteks dan konsep aplikasi 'berani' itu. Jadi tidak macam lembu2 jantan di Mexico yang rabun warna itu, menyondol kain merah, lalu jadi bahan lelucon.
Hati2, kita hidup ini bukan sendiri. Ada syaitan2 yang sedang cari kawan mandi manda di neraka. Yang kutahu syaitan paling pakar membolak balik hati. Kita sampai boleh terangguk2 dengan perkara yang jelas salah, dan yakin pula!. Tuan tidak percaya? al-Mustaqeem yang ikut2 marah dengan MUI itu, sebenarnya membela golongan liberal yang berkata begini " Semua agama sama, semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi islam bukan yang paling benar". Itu kata tokoh JIL, Ulil Absar yang menurut Evy Rozana- tin kosong yang sengaja berdenting nyaring, minta perhatian.
Saya cuma risau, Malaysia nanti dipenuhi dengan wajah2 cerah, janggut sejemput tapi berotak Attarturk!
DIA
Tuesday, February 12, 2008
kemarin ketemu paduka sulung ku. Tahu2 dia hidup semula, bangkit dari kubur dan tiba2 telah duduk di depan si sulung itu sambil menayang senyum dalam buatku.ufffff...membahang saya serta merta!Shakespeare, tolong aku!